13 June, 2008

Hibernating..in EURO mode..he2

10 May, 2008

gelombang Crank That!

DeAndre Cortez Way


tidak kenal gambar di atas kan? tapi kenal ka dengan Soulja Boy?.. ini lah muka budak 17 tahun (lahir pada 28 July 1991) yang jadi jutawan dengan menjadikan channel Youtube dan Myspace sebagai batu loncatan.. kalau sudah berbakat menjadi penghibur, semua pun jadi..tidak payah ikut program realiti yang mana lebih banyak menampilkan kaca dari intan..Ho3

lagunya "Crank That" menjadi fenomena di pelbagai lapisan masyarakat di Amerika apabila di "lepaskan" di pasaran mulai 1 September 2007.. bayangkan budak umur 5 tahun pun tahu tarian soulja boy khas untuk lagu crank that! bayangkan pukulan mautnya..


Billboard Hot 100 - Juara 7 minggu berturut-turut

Jualan Ringtones lagu Crank That - 3 juta download

Youtube video : Tellem how to Crank That - 33 juta click

Youtube video: Crank That official video album - 36 juta click

dicalonkan untuk anugerah Grammy Award for Best Rap Song pada 50th Grammy Awards, tapi kalah kepada Kanye West's & T-Pain's.

dia buat semua ini dengan umur cuma 17 tahun..he2 memang si bakat super!



25 April, 2008

tidak apa john..


2 saat lagi untuk kemenangan bergaya di Anfield hancur berkecai apabila John Arne Riise tertanduk bola ke gawang sendiri dan seterusnya menghidupkan peluang Chelsea pada perlawanan kedua di Stamford Bridge untuk mara ke final Liga Juara Eropah.

Rafa Benitez - "saya tidak menyalahkan John, keadaan ini harus disiasat kerana hantaran lintang Kalou itu sepatutnya mampu dihalang oleh Mascherano dan Arbeloa"

Avram Grant - "saya berharap gol itu akan berguna di penghujung hari"

Steven Gerard - "dalam bolasepak, kita kalah, seri dan menang adalah tanggungjawab bersama. kita bekerja berkumpulan dan tidak harus menyalahkan sesiapa"

John Arne Riise - "saya mahu mengeluarkan bola itu dari mana ia datang, tetapi bola yang berpusing dan basah kerana hujan telah tergelincir dari dahi saya dan seperti mahu menangis melihat bola itu melepasi Jose dan menerjah jaring kami.. tetapi saya berjanji akan melakukan sesuatu di Stamford Bridge nanti"


kita hanyala manusia biasa, tidak akan sentiasa sempurna he2..


16 April, 2008

mari ke Membakut

pada 12 dan 13 haribulan april yang lalu, stafmate kitaorang menamatkan zaman liarnya eh silap! zaman bujangnya.. kami yang nak tengok sangat member bersanding ni pun pakatla datang beramai-ramai kan.. mula-mula ikut rancangan nak buat konvoi dan kumpul di karamunsing (HQ opis kami) tapi last minit kena kansel dan jalan masing2 la pula..tapi jalan punya jalan, sampai juga akhirnya setelah diberikan clue2 yang bernas ha2..

sampai ja di tempat yang dituju, saya tengok belum ada pengantin.. kemudian salam2 dengan parents pengantin dan terus ke acara yang saya suka iaitu makan dan minum..he2
lepas mentekedareh tu sempat juga bertukar-tukar cerita dengan orang sana.. peramah2 dorang semua..

berikut ialah beberapa gambar eksklusif majlis kahwin man dan bb..









saya selepas kenyang ha2..

majlis itu berjalan dengan lancar dan selepas usik-usik pengantin di pelamin seadanya.. kami pun berangkat pulang takut nanti kegelapan..jauh ba pula membakut-kk ni he2..

ucapan online untuk Man dan BB:

Selamat Pengantin baru dan moga kekal hingga ke anak cucu.!

08 April, 2008

Liverpool di landasan terbaik!

akhirnya Liverpool mengakhiri badi keputusan buruk bertemu Arsenal apabila membenam The Gunners 4-2 (agregat 5-3) di anfield semalam dalam saingan suku-akhir Liga Juara Eropah. Liverpool dijangka akan bertemu seteru-ketat-Eropah Chelsea (lagi..) dalam saingan separuh akhir pada Mei nanti. (tapi rekod menunjukkan Chelsea selalu kalah dengan Liverpool di separuh-akhir muohoho!)

berikut adalah gol-gol daripada Hyppia, Torres, Gerard dan Babel untuk tatapan liverpoolian yang tidak terbangun menonton perlawanan semalam. walaupun ulasannya bukan bahasa UK, tapi kualiti videonya boleh tahan.. enjoy!

06 April, 2008

gaji siapa paling mahal? (2008)

indahnya kalau jadi pemain bola bertaraf dunia..he2. hobi main bolasepak, kerjaya pun bolasepak, jutawan lagi..fuh! bestnya hidup..he2. berikut ialah senarai terkini (2008) pemain bolasepak yang dibayar paling mahal di dunia!



Ke-3 : Frank Lampard (Chelsea), dibayar 8,160,000 Euro setahun.






Ke-2 : Ronaldinho Gaucho (Barcelona), dibayar 8,520,000 Euro setahun.





Juara! : Ricardo Kaka (AC Milan), dibayar 9,000,000 Euro setahun!




macam saya nak main bolasepak pula ni rasanya, nak berhijrah ke England..he2. jadi budak bola pun jadi la kalau dibayar dengan pound sterling ha3..

05 April, 2008

si Crouch yang menakjubkan!


setelah beberapa ketika diketepikan, Peter Crouch kembali mengkagumkan peminat-peminatnya dengan jaringan menakjubkan ketika menentang Arsenal dalam saingan EPL semalam..

dengan tiga sentuhan sahaja di dalam petak penalti sudah cukup untuk menghukum pertahanan Arsenal pada minit ke-42 perlawanan. saya sendiri pun macam tidak percaya dengan jaringannya dari sudut itu..
sayangnya Liverpool tidak memenangi perlawanan semalam walaupun mereka bermain cemerlang. Arsenal menyamakan kedudukan pada minit ke-82 melalui Nicklas Bendtner dengan lompatan ajaibnya..

tapi tidak apa.. walaupun saingan The Kop untuk mahkota liga sudah hilang, tapi akan terus menjadi duri dalam daging kepada pasukan yang masih bersaing muohohoho..